Sunday, December 19, 2010

MIFW

Sempena Mifw (Malaysian International Fashion Week)
yang berlansung di Pavilion Kuala Lumpur 
pada 5 Nov 2010 yang lalu khalikmustafa 
mempelihatkan koleksinya yang bertemakan 
"A Journey To Our Heritage"  
terima kasih to YODA sempena Yoda Fashion Exploration 2010
memberi peluang dan kepercayaan kepada KhalikMustafa
sebagai Faces Of Yoda..TQ Baizura..
A Journey To Our Heritage adalah ispirasi daripada kostum melayu tradisional
dimana pendekatan melalui sejarah kostum melayu dan asal serta pengaruh yang menjadikan 
identiti kepada pembentukan pakaian melayu zaman dahulu.
Melalui sejarah peradaban alam melayu melalui perdagangan adalah aset kepada aktiviti masyarakat terdahulu.Oleh itu pengaruh dari luar secara tidak langsung 
mempengaruhi pemakaian bangsa melayu zaman dahulu.
Dengan bermulanya zaman Cik Siti Wan Kembang yang hanya memakai kain yang diikat sebagai pelindung tubuh sebelum kedatangan islam ke tanah melayu. Secara tidak langsung seni ikatan menjadikan keistimewaan cara pemakaian. Terdapat juga dengan kehadiran pedagang dari luar antaranya Portugis yang membawa pengaruh dalam pakaian melayu. Lihat sahaja budaya yang ada di Melaka sehingga adanya Kota A`famosa, tarian mahupun masakan yang dibawa oleh Portugis.
Habaya yang berasal dari negara arab menjadi satu pengaruh yang nampak dalam pakaian melayu. Habaya atau lebih dikenali jubah mempunyai persamaan dengan bentuk baju kurung melayu yang mempunyai pesak, kekek mahupun potongan pakaian itu..
Banyak lagi pengaruh dalam pembentukkan pakaian melayu seperti negara China, Kamboja mahupun Indonesia keranan ini adalah dikenali sebagi Negara satu rumpun.Oleh itu pemakaian antara satu negara dan negara lain tidak jauh bezanya...
terlalu banyak yang perlu dikaji dan diuraikan melalui pengaruh pakaian melayu.
ini yang selalu bermain dalam pemikiran saya "dimanakah terjadinya baju kurung, kebaya dan sebagainya..dimana asalnya"
A Journey To Our Heritage memainkan 2 mainan warna..putih dan biru (royal blue).
mungkin gabungan 2 warna ini susah untuk diterima tetapi saya mencuba dalam interpetasi saya dalam pentafsiran alam melayu.
putih yang dilambangkan sebagai asalnya warna benang yang terjadi dari pokok kapas ataupun ulat sutera sebelum diwarnakan dengan bahan warna alam semulajadi.Iaitu dimana asal usul sebelum terjadinya selembar benang. royal blue yang dipilih, mengikut sejarah melayu selain dari warna kuning, biru juga adalah warna diraja dimana menjadi persaliana raja ataupun sultan dalam majlis tertentu. dan dalam catatan sejarah dimana sultan pernah memberikan salinan pakaian kepada laksamana sebagai hadiah...
ok saya rasa terlalu panjang sy menulis..saya harap semoga terhibur dengan koleksi ini..tiada niat untuk mencemarkan budaya ia hanyalah satu interpetasi serta idea dalam pengolahan fesyen..
ianya satu perjalanan mengenali budaya kita dan saya masih mencari..A Journey To Our Heritage. 





















  

No comments:

Post a Comment